Blue Snow

Ikhwan Wa Akhawat

Tuesday 23 August 2011

Duhai Hati

Duhai hati
Ingatlah bahawa
Tiada manusia yang dapat lari daripada dugaan dan ujian
Kerana ujian dan dugaan itu lumrah kepada sebuah kehidupan
Ini sedikit ilmu yang saya ingin kongsikan kepada semua
Berkisah mengenai buku
'BILA ALLAH MENDUGA KITA'


Buku ini mengisahkan kehidupan kita, manusia di atas muka bumi Yang Maha Esa
Buku tersebut menghurai sedikit sebanyak mengenai masalah yang melanda kehidupan kita
Sebagaimana yang saya katakan tadi pada hati
Ujian sering mengikuti kita setiap masa
Maka dengan itu
Tiada siapa pun yang boleh lari dari ujian

Ujian ini bermula dalam kehidupan manusia
Di saat kita dilahirkan ke dunia
Walaupun kita masih belum mampu mengenali dunia
Yang pada masa itu sangat asing bagi kita
Selepas kita meringankan bebanan kandungan ibu kita
Seringkali orang katakan bahawa
Saat kita lahir kita sudah mengenali dunia
Akan tetapi bagi saya kehidupan atau dunia ini
Bukanlah dunia kita
Dunia dalam kandungan ibu kita
Sebelum kita menjadi hamba ALLAH di muka bumi ini
Kita terlebih dahulu mempunyai satu dunia yang sama dengan ibu kita
Dunia dalam badan atau kandungan yang tersangat mulia
Ibu kita

Sebaik sahaja kita lahir ke dunia
Kita mengeluarkan bunyi
Iaitu melalui tangisan
Ini bermakna kita asing lagi di bumi ini
Hal ini kerana kita sudah terbiasa dengan kehidupan kita
Dalam kandungan ibu
Itulah dunia kita
Dan kita tidak mengenali mana-mana dunia lain selain
Dalam amniotic fluid ibu

Ya ALLAH
Pengorbanan ibu kita sangat hebat
Perjuangan mereka untuk menyelamatkan kita
Untuk memberi kita sebuah kehidupan
Seperti mana yang Ibu lalui
Ibu mahukan sang putera atau puteri menjadi khalifah ALLAH

Buku tersebut menyatakan
Seusai saja kita dilahirkan
Kita sudah punya masalah
Kita menangis dengan masalah itu
Masalah itu ialah bumi ini asing buat kita pada tika itu

Apabila diri semakin besar
5 bulan hingga setahun
Kita hanya mampu menangis
Kerana benda yang ingin dicapai tidak kita mampu gapai

Apabila kita semakin menginjak dewasa
Kita punya masalah dalam ujian atau peperiksaan
Itu juga dikategorikan sebagai dugaan dan ujian
Ujian bagi kita dialam realiti
Dan juga ujian dari segi syarak

Habis tu bila masalah, ujian dan dugaan akan habis
Soalan yang sering ditanya dan dipertikaikan
Jangan kita buruk sangka pada Tuhan
Tidak berikan kebahagiaan kepada kita
Setiap caturan yang DIA tetapkan buat kita
Pastinya ganjaran yang lebih hebat diperuntukkan buat kita


Dan jawapan bagi soalan tersebut             
Ujian dan dugaan itu pasti berakhir
Apabila kita menjejakkan kaki ke syurga
Sesungguhnya dugaan itu pasti punya pengakhirannya.

~Salam Ramadhan..Esok malam 25..Sama2 kita mengejar Lailatul Qadr~~




















Tuesday 16 August 2011

Mawar Berduri


Duhai wanita,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulag rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dijadikan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptanmu itu, kau bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang???

Renunglah pada keindahan keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Duhai wanita,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan dari tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri

Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca dari wanita.'
Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah wahai wanita solehah,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.




'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik....`


Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga....

Buat Sahabat





Salam buat sahabatku
Andai hatimu digugah
Kembalilah beristighfar

Jikalau hatimu
Mula terpaut kepada perkara 
Larangan ALLAH SWT
maka
kamu kembalilah mencari
KALAMULLAH


Jika nalurimu sangat sukar
Untuk menghindarkan diri dari
KEMAKSIATAN
Solat taubatlah duhai insan
Semoga hatimu kembali ditarbiyah


Jika hawa nafsu merantai jiwamu
Pakaikan pakaian yang bersih lagi jernih
iaitu WUDHU setiap masa
Agar kamu terpelihara dari 
Perbuatan TERCELA


Jika kamu akur pada hawa nafsumu
Akal masih kau punya
Untuk keluar dari lembah hitam
Maka
Bertahmid dan bertasbihlah kamu


Dan ketika dirimu
Dipagut rasa sedih dan hampir tersungkur
Maka
Bertaubatlah
Berzikirlah
Bertahmidlah
dan
Bertasbihlah



Jangan sesekali kamu 
Meninggalkan Al-Quran
Di samping kamu solat lima waktu
sehari semalam


Pertingkatkan pahalamu
Dan perbaiki dosamu
Dengan solat
Tahajjud
Sunat
Taubat
dan

Istikharah


Semoga sahabatku ini
Sentiasa berada di bawah
Lembayung Rahmat ALLAH SWT
Selamanya