Blue Snow

Ikhwan Wa Akhawat

Tuesday 11 October 2011

Nikah Khitbah

Assalamualaikum wbt

Asrar mulakan tinta muslimah hari ini dengan memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Memberi kerana masih memberikan Asrar kesempatan untuk menghirup nafas segar di muka cakerawala ciptaanNya. Semoga dengan segala rahmat dan berkat yang diberikan dapat Asrar gunakan hanya untuk beribadah kepadaNya. Tidak lupa kepada insan-insan yang kurang bernasib baik, janganlah anda hampa dan merasakan DIA tidak adil bagi kamu kerana di sebalik kekurangan yang kamu miliki, pastinya terdapat berjuta kebaikan daripanya. Malah kamu sebenarnya lebih bertuah daripada kami insan yang biasa yang merasakan hidup ini tidak pernah cukup. Sentiasa mengidamkan itu ini sehinggakan kami alpa akan fatamorgana dunia ini hanya sekadar persinggahan kami sebelum kami melangkah ke alam sebenar alam.


Tajuk hari ini adalah berkisarkan kehidupan remaja pada masa kini. Seringkali kita mendengar 'COUPLE itu HARAM'. Sebenarnya COUPLE ni tak salah. Tapi mesti kena dengan cara yang betul iaitu NIKAH! Ini pendapat daripada Ustaz Hashim Al-Maranji. Malah ada juga pendapat ustaz yang lain mengatakan khitbah adalah peminangan. Sekiranya seseorang muslimah telah dipinang oleh seorang ikhwan, maka akhawat tersebut tidak boleh ditunangkan atau dikahwinkan dengan mana-mana ikhwan lain melainkan ikhwan yang meminangnya. Khitbah ini banyak pendapat dari cendekiawan Islam, ustaz-ustazah dan masyarakat.

Dalam mentaliti masyarakat Melayu pula, khitbah adalah dianggap sebagai pertunangan. Akan tetapi khitbah ini telah disalah ertikan bagi mereka yang kurang mendalami apa itu KHITBAH. Masyarakat Melayu kebiasaannya akan membenarkan ikhwan dan akhawat tadi keluar bersama, ber'datting' dan berdua-duaan kerana bagi mereka, itu semua tidak menjadi masalah kerana mereka sudah bertunang. Bertunang adalah "separuh kahwin". Nauzubillah! Semoga mereka mendapat hidayah. Disebabkan pemahaman literall macam itulah, banyak gejala yang tak dapat dibendung kerana mereka yang dah bertunang berasakan mereka sudah mempunyai tiket untuk keluar dan buat aktiviti berdua. Sedarkah mereka, antara lelaki dan perempuan Muslim pastinya akan ada pihak ketiga yang sentiasa mengekori mereka ke mana sahaja mereka pergi. malah, itu lebih buruk kerana panahan mata syaitan ini diibarat lidah api neraka telah menjilat tubuh kita. Pemahaman ini adalah pemahaman yang salah. Ikhwan dan akhawat dibenarkan keluar bersama tanpa muhrim dan segala macam perbuatan dilakukan bersama. Dosa-dosa yang telah dilakukan masih lagi di atas tanggungan ibu bapa selagi mereka belum bergelar isteri kepada ikhwan tersebut. Maka, sanggupkah ibu bapa menanggung segala dosa perbuatan anak tercinta? Akan tetapi dalam masyarakat Arab terutamanya Jordan akad khitbah bermaksud perkahwinan yang dijalankan hanya dengan lafaz akad dan tidak tinggal serumah sehingga majlis perkahwinan selesai. Berbeza dengan masyarakat Melayu yang menganggap khitbah adalah pertunangan.


Nikah khitbah ialah sesuatu perhubungan antara seorang muslimin dan seorang muslimah dengan cara yang disyarakkan oleh ISLAM iaitu dengan beraqad nikah. Maka dengan itu, mereka sudah sah digelar suami isteri. Akan tetapi dalam kes ini, kedua-dua pasangan ini tidak tinggal sebumbung mungkin disebabkan mereka belajar atau bekerja di tempat yang berbeza, masih tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri seperti mana pasangan lain atau mereka masih belajar dan tidak mampu untuk menyara kehidupan isteri disebabkan mereka masih tidak mempunyai pendapatan sendiri. Nikah khitbah ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan manusia atau muda-mudi zaman sekarang terpedaya dengan kebejatan dunia moden zaman sekarang. Hal ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mengelakkan berlakunya gejala COUPLE dengan bukan muhrim, melakukan aktiviti bebas sehingga terlanjur, gejala ber'datting', buang anak, bunuh bayi yang tidak bersalah dan sebagainya. 


Maka, duhai ikhwan dan akhawat sekalian, muslimah dan muslimat yang dikasihi sekalian serta para ibu bapa dan wali sekalian, bangkitlah dari kejatuhan moral zaman 'MODEN' ini dengan kembali mengakkan cara kehidupan ISLAM. Masih lagi ada yang kurang jelas tentang hukum-hukum nikah khitbah ini terutamanya dari segi nafkah zahir dan batin. Bagi nafkah batin, sekiranya pasangan yang telah bernikah tetapi tidak tinggal serumah atau bersama keluar untuk belajar, menghilangkan rasa rindu, menemani pasangan ke kedai buku atau pusat membeli-belah, makan bersama dan segala jenis aktiviti yang boleh dilakukan bersama sehingga mereka bersama dalam erti kata sebenar, itu tidak menjadi masalah. Sememangnya remaja zaman sekarang tahu bagaimana caranya untuk menglakkan daripada berlakunya kehamilan sekiranya mereka bersama. Maka nafkah batin itu boleh disempurnakan malah untuk memberinya juga bukanlah satu kesalahan kerana hubungan kedua-dua akhawat dan ikhwan tersebut sudah halal kerana sudah di aqad nikah kan. Malah sekiranya terjadi juga kehamilan, mereka tidak perlu risau dan keluarga juga tidak akan mendapat malu sebaliknya pastinya keluarga kedua-dua belah pihak akan gembira kerana akan dapat menimang cucu. Mudah kan ISLAM?


Manakala, bagi nafkah zahir pula terdapat pelbagai pendapat. Ada alim ulama yang berpendapat tidak wajib ke atas sang suami tadi sehingga wanita yang telah dinikahi itu dihantar ke rumah lelaki. Pendapat dariapa Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Azhar juga mengatakan bermulanya nafkah zahir bagi isteri ialah apabila upacara 'menghantar menantu' bagi masyarakat Melayu dijalankan. Ini bermakna, apabila mereka tinggal sebumbung barulah nafkah zahir diwajibkan. Manakala menurut Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah zahir ini wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya. Berbeza pula pandangan Jumhur Ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan), jima' (bersetubuh), isteri tidak dibenarkan keluar rumah tanpa izin suami dan seumpanya. Ironinya, bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan sebagai pasanagn suami isteri yang lain masih belum dijalankan atau dilalui bersama oleh pasangan tersebut.


Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

No comments:

Post a Comment