Blue Snow

Ikhwan Wa Akhawat

Friday 7 October 2011

SUKAN VS IBADAH



Assalamualaikum wbt semua

Apa khabar? hari ni Asrar nak buka cerita pasal sukan. Al-maklumlah diri ini melibatkan diri secara aktif dalam sukan. Orang kata dalam bersukan ni kita akan lupa Tuhan, lupa ibu bapa dan lupa semuanya lah. Betul ke? Asrar tak rasa macam tu pun. Mesti ada yang bertanya mengapa? Senang saja jawapannya. 'Kita sebagai hamba ALLAH perlu meletakkan ibadah kepada ALLAH SWT itu yang paling utama. Maksudnya, dalam setiap perbuatan yang kita lakukan bermula dengan membaca, membuat ulang kaji, bekerja, berjalan, bersiar-siar, berlari atau pun jongging, matlamat kita adalah keredhaan ALLAH di samping menyihatkan tubuh badan  dan menghilangkan tekanan. Oleh itu, kita perlu sematkan niat dalam hati kita sebelum melakukan atau memulakan sesuatu adalah kerana ALLAH Taala. Niat sudah memadai. Akan tetapi niat perlu diseiringkan dengan perbuatan. Jangan hanya niat semata-mata'. Boleh hadam tak penjelasan Asrar ni?


ALLAH pernah berfirman : 'Tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaku', surah Adz-Zariyat ayat 56. Pernahkah kalian membaca atau mendengar ungkapan atau terjemahan ayat tersebut? Pastinya pernah bukan? ALLAH SWT dan Rasulullah S.A.W tidak pernah sekalipun melarang umat Islam untuk tidak bersukan. Malah, di dalam ISLAM hukum penjagaan kesihatan diri adalah wajib. Kenapa? Kerana dengan berbekalkan badan yang sihat, segala perbuatan dan pekerjaan kita akan menjadi cepat dan mudah. Cuba bayangkan suatu hari anda sakit, pernahkah kalian merasai betapa susahnya untuk melakukan sesuatu kerana diri anda tidak berupaya melakukan kerja tersebut tidak kira dari segi fizikal dan mental sekalipun. Sebab itulah, mama, papa, abah, ibu, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik kita akan meminta kita berdoa kepada Tuhan sebaik sahaja peperiksaan tamat supaya diberikan kesihatan dan ketenangan kepada pemeriksa kertas peperiksaan. Kenapa? Kerana kesihatan dan ketenangan menjamin pemikiran yang waras dan tepat dalam melakukan sesuatu perkara. Sekiranya pemeriksa kertas mengalami tekanan, pastinya kertas yang diperiksa akan diperiksa hanya sekadar endah tak endah sahaja. Mahukah anda melihat diri anda gagal atau anak, saudara dan adik-beradik anda gagal dalam peperiksaan? Pastinya mereka akan kecewa bukan?


Maka begitulah perkaitannya saranan agama ISLAM perihal kesihatan. Kalau badan tidak sihat, pastinya semua kerja tergendala dan akan menjejaskan orang lain, bukan hanya diri sendiri dan keluarga malah masyarakat juga mendapat penangannya. Mahukah anda perkara seperti ini terjadi kepada orang-orang terdekat anda? Jadi, kita perlu tahu bagaimana cara untuk menghindarkan dari semua itu berlaku. Lebih baik mencegah daripada merawat. Maka pokoknya sukan adalah cara yang paling mudah dan paling terkenal dalam minda kita kerana mudah dihadam disebabkan di mana-mana sahaja cerita perihal sukan dan senaman senantiasa menjengah telinga kita. setuju atau tidak?Asrar yakin semua orang pasti akan bersetuju dengan Asrar.


Sudahkah terjawab mengapa sukan itu adalah satu ibadah? Jikalau belum, mari kita hayati serba sedikit kelebihan bersukan. Sukan adalah peneguh iman dan penguji tahap keimanan manusia. Benar atau tidak? Mungkin sesetengah orang akan dapat menterjemah maksud ini dan sebahagiannya lagi mungkin akan berkerut muka untuk menterjemahkannya. Sebagai contoh dalam permainan, tidak kira lah permainan itu adalah bola tampar ke bola keranjang ke memanah ke squash dan lain-lain, pastinya matlamat yang diletakkan dalam sesebuah permainan ialah kemenangan bukan? Percayalah duhai sahabat semua, kejayaan tidak akan pernah menjengah dalam kehidupanmu walaupun sekeras mana kamu berusaha tanpa izin ALLAH. Pernah ke anda membaca kisah kumpulan terampuh dalam sesebuah permainan yang tidak mampu dikalahkan oleh mana-mana lawan pun malah mematikan lawan dengan pencapaian kosong mata apabila bertentang mata (bertanding) dengan mereka? Orang sentiasa kalah dan menang adalah adat dalam permainan. Kerana hanya terdapat dua pilihan iaitu kalah atau menang. Allah pernah berfirman kepada Rasulullah s.a.w : 'Barangsiapa yang memerlukan sesuatu akan tetapi tidak berhajat atau membuat permohonan serta bergantung kepadaku, pastinya mereka tidak akan memeperolehinya'. Hebat kan kuasa ALLAH. Kenapa ALLAH melakukan syarat seperti itu? Kerana DIA mahu hamba-hambaNYA tidak melupakan DIA dalam apa jua sekalipun. Begitu juga dalam bersukan. Sememangnya kalah dan menang adalah adat pertandingan. Akan tetapi sedarkah mereka kekalahan dan kemenangan itu adalah hak milik ALLAH SWT walau sehebat mana pun kumpulan tersebut. Sebijak mana pun perancangan strategi yang mereka lakukan tetap tidak akan mampu untuk melwan dan mengingkari percaturan Yang Maha Perancang.


Di sini terdapat sebuah buku saranan Asrar yang berkisarkan sukan sebagai satu ibadah. Cubalah cari dan baca. Kalau nak pinjam dari Asrar pon boleh. Boleh hubungi Asrar ok. Hasil karya Hilal Asyraf keluaran Galeri Ilmu. Buku yang berkisarkan Novel Motivasi Remaja. Sama-sama kita hayatinya dan memperoleh manfaat darinya.













No comments:

Post a Comment